September 7, 2011

Selamatkah Komputer Anda ?

Wah , raya syiok la . NOT ! Makin tua , macam makin bosan di buat . apa endak , makin besar , makin teda ampau nya ! -sob- namun "whining" psal Raya bukan sebab tujuan sebenar post nie ...
Kali nie saya akan cerita pasal kesilapan yang pengguna komputer selalu lakukan..

Pendrive






Pendrive memang salah satu "essential" / keperluan buat setiap remaja masa kini untuk pindah lagu , movie , kerja dan *ehem* . Namun , virus juga merupakan sesuatu yang para pengguna pendrive ini pindah dari satu komputer ke satu komputer yang lain .
Dari rumah , ke kedai komputer . Pendrive ada di mana2x sahaja , termasuk la virus . Virus ini selalu nya bermula apabila pendrive tersebut digunakan pada komputer yang "infected" dengan virus . Dengan masuk nya virus itu ke dalam pendrive , virus tersebut akan merebak ke mana2x komputer yang guna pendrive bervirus ini.

Cara untuk elakkan







Elakkan menggunakan pendrive pada kedai komputer. Kedai komputer/Cyber Cafe pada masa kini merupakan "kawasan ternakan virus" di mana segala jenis virus membiak didalam menunggu untuk di pindah kan ke pendrive yang malang.

Sekiranya ingin memindah kan kerja yang bersaiz kecil , saya syor anda untuk upload sahaja benda itu ke mana2x file sharing website seperti 4shared , filestube , mediafire dan lain-lain untuk keselamatan.

Sekiranya anda ingin memindahkan game atau sebarang benda yang bersaiz besar , saya syor anda untuk pastikan dahulu samada komputer itu bersih . Sekiranya anda ragu-ragu , lebih baik selamat dari menyesal .



Facebook


Facebook merupakan tempat yang paling sempurna untuk menyebarkan virus . Ingat lagi virus "Hi , how are you ? " Itu dipanggil virus koobface . terdapat banyak lagi virus yang boleh disebarkan melalui facebook . Para pengguna facebook akan tertarik atau terpedaya dengan cara-cara ini.

Samada download software untuk mempercantikkan facebook anda  , namun tanpa disedari benda yang anda download itu sebenarnya virus. Contoh nya , terdapat satu program ini dimana ia kata " This program will provide you a direct access to the facebook server which will allow you to surf facebook 250% faster" Sekali download , 100% komputer mu terbuka untuk hacker itu sedut .

Contoh lain lagi , yang orang selalu guna ialah "emoticons" sudah pasti anda tahu , Selalunya software ini menjanjikan emoticons yang amat cantik dan menarik . Namun tanpa ada sedari , ada turut mendownload satu virus yang d panggil " KeyLogger" dimana virus ini akan merakam setiap perkataan yang anda taip dan menghantar maklumat itu pada server yang diingini . Dengan itu segala password , e-diary segala yang anda taip tidak lagi selamat .



Cara untuk elakkan


Jangan download sebarang software yang anda tidak kenali mahupun rakan anda syor kan . Cara selamat untuk ketahui samada software itu selamat atau tidak ialah menggunakan Google .

Jangan terpedaya dengan post-post seperti " Click this to watch this video , You can't believe what his father did after she post this " dan yang sama waktu dengannya. Sekiranya anda menekan nya , website tersebut akan meminta anda untuk mendownload sesuatu untuk melihat nya . JANGAN ! anda akan menyesal...

Jangan terpedaya dengan chat rakan anda yang anda tidak percaya . Virus Facebook kebanyakannya mempunyai sesuatu yang dipanggil BOT . Bot ialah satu benda akan buat dengan sendiri nya seperti menaip "Hi , how are you ? " tanpa penggun facebook itu tekan apa-apa . Kadang-kadang ia akan keluar seperti "Click this of you want to video chat with me , http://blahblahblah.virus.clickitofyou'redumb.org"



Akhir sekali , jangan lah download "third party software" yang mencantikkan facebook anda . Mahupun ia selamat , ia juga membuat facebook anda untuk "load" dengan lambat kerana ia harus load , kemudian tukar . banyak script yang jalan , banyak ram makan = buang masa & bandwith .

                                                                                                                                                                 

Terima kasih kerana sanggup membaca post kali ini sampai habis , saya harap saya dapat membantu ada sedikit atau banyak dalam keselamatan penggunnaan komputer...Ingat untuk follow blog ini dan selalu Update Antivirus anda untuk keselamatan optimum

Itu sahaja untuk kali ini . Saya pati akan post lebih banyak lagi tips-tips untuk menggunakan komputer kita dengan selamat . Sekian untuk kali ini , Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam seluruh dunia dan selamat malam ( since aku buat post nie time malam ).