January 21, 2011

Smoking , Smokers , Smoked ?

Aku tahu aku lama sudah tak update blog , lagipun bukan bnyk yg "follow" blog ku , namun aku tetap juga akan update blog ni kadang2x... 

Kali ini aku akan cerita pasal "Smoker" 

Oh tidak ... kita bukan cita pasal "smoker" dalam Left 4 dead~

Smoker dari Left 4 Dead

Hari ini kita cerita pasal perokok , yg di bawah umur ! Ya , jangan buat terkejut . Memang banyak perokok yang di bawah umur "berleluasa" tanpa sebarang halangan...



Sebelum itu , mari kita ketahui sikit mengenai rokok
Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.

Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Benda Yang Terdapat Dalam Rokok



  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)


Perokok Bawah Umur.

Aku jarang terkejut mendengar apabila seseorang dewasa merokok , namun apabila mendengar rakan-rakan aku yg merokok , aku berasa kecewa , sebab mereka sedang membunuh diri mereka sendiri dan orang lain. Dalam lingkungan sehari , aku lihat dekat 3 - 4 kali seorang yang bawah umur merokok . 

Tiada Batas Mereka

Aku cakap begitu kerana mereka masih sekolah , namun masih merokok... Banyak kali aku melihat pelajar merokok ketika di dalam BAS SEKOLAH ketika hendak pergi dan pulang sekolah... Setiap kali aku pergi sekolah , aku di turunkan di bawah kawasan sekolah , dan mesti aku melihat ada pelajar menuju ke kawasan biasa mereka untuk merokok . MEROKOK SEBELUM NAK KE SEKOLAH ??? 

Rokok Tidak Mengenal Umur











Haish , memang betul lha , rokok memang tidak mengenal umur...
Ramai kawan-kawan aku yang masih lagi dalam umur lingkungan 11-14 sudah merokok , DENGAN TEGAR NYA.
Astagfirullah al-azim , masih kecil dah merokok... entah lah apa jadi bila dah besar...

Cerita Mengenai Cara Berhenti Merokok dari "Orang Tua"

Saya telah merokok hampir 34 tahun dan telah membakar wang hampir RM40,000. Sejak 10 tahun lalu saya berusaha untuk berhenti dari tabiat buruk itu. Berbagai-bagai orang telah saya temui dan pelbagai cara telah saya lakukan, namun sia-sia belaka.

Setiap tahun baru, saya berazam tetapi tinggal azam sahaja. Pada suatu hari pada 16 Mac, 2004 secara kebetulan saya bertemu seorang tua (OT) di sebuah wakaf lalu berbual-bual dengannya.

Saya menceritakan masalah dan azam saya yang tidak pernah tercapai. Beliau menceritakan kepada saya beliau seorang perokok tegar selama 40 tahun tetapi telah berhenti sejak 10 tahun lalu. Beliau berumur 65 tahun.

Saya tertarik dengan kejayaannya itu dan bertanyakan petuanya. Alhamdulillah saya telah berjaya dan tidak lagi merokok sejak dari hari itu hingga kini.

Kepada saudara-saudara yang ingin berhenti merokok, saya perturunkan di sini nasihat beliau dalam bentuk dialog.

P: Saya ingin mendapat petua pakcik bagaimana berjaya berhenti merokok.

OT: Sebenarnya tidak ada apa-apa petua. Saya ingin bertanya kenapa awak merokok dan kenapa awak tidak boleh berhenti merokok.

P: Saya merokok kerana mendapat kepuasan dan keseronokan, tetapi tidak boleh berhenti kerana ketagih.

OT: Jawapan awak salah. Merokok sedikit pun tidak mendatangkan keseronokan tetapi memeningkan dan tidak juga mendatangkan kepuasan tetapi meloyakan selepas menghisapnya.

Awak tidak boleh berhenti bukan kerana ketagihan. Sebenarnya awak merokok kerana awak ada duit dalam poket dan tidak boleh berhenti kerana mental awak lemah, tidak kuat.

P: Saya kurang jelas dengan maksud pakcik.

OT: Begini. Awak berniat hendak berhenti merokok tetapi dalam poket awak sentiasa ada duit, jadi awak akan membelinya bila saja teringin. Jika dalam poket awak tidak ada duit, walau bagaimana teringin sekalipun awak tidak akan mendapat rokok kerana poket awak kosong.

P: Tetapi masalah juga pakcik kalau poket kosong, manalah tahu semasa berjalan saya terjumpa warung kopi, kempunan saya dibuatnya.

OT: Kalau awak ada 60 sen cukup untuk secawan kopi, awak sanggup tidak minum asalkan dapat dua batang rokok. Betul atau tidak.

P: Betul, tetapi masalah juga bagi orang bekerja, tentu perlukan duit untuk waktu rehat dan perbelanjaan ke tempat kerja.

OT: Kalau duit untuk perbelanjaan ke tempat kerja sahaja tidak apalah, sebab awak tidak akan sampai ke tempat kerja atau tidak dapat balik rumah jika duit itu digunakan untuk rokok. Maksud saya ialah jangan ada duit untuk makan sekali pun kerana duit itu akan bertukar dengan rokok juga akhirnya, kerana awak akan sanggup tidak makan.

P: Teruk juga pakcik nak berhenti merokok, sampai kena berhenti makan minum, poket pun kena kosong selalu.

OT: Tidak teruk, proses ini hanya 14 hari saja, lagi pun awak bukan tidak makan minum sepanjang hari, di rumah awak boleh makan minum sesuka hati awak, tetapi ingatlah, dalam poket tetap mesti kosong, kerana dekat rumah awak pun ada kedai jual rokok juga. Di sinilah yang saya katakan tadi mental kena kuat dan ingatlah bahawa di negara kita ini belum ada lagi orang mati kerana tidak makan, tetapi banyak yang mati kerana makan.

Orang paling miskin pun belum ada yang mati tidak makan, tetapi orang kaya dah ramai yang mati kerana merokok. Kuatkan mental awak di sini, insya Allah awak akan berjaya.

Lihat apa terjadi pada awak, apakah hasil yang awak dapat dari membakar duit sebanyak itu selain dari batuk, sakit dada, paru-paru dan jantung.

Jangan biarkan gas beracun menyelubungi rumah awak dan disedut oleh keluarga awak. Berhentilah.

Itulah sahaja caranya yang dapat saya nasihatkan kepada awak untuk menyelamatkan diri dan keluarga awak dan yang pentingnya menyelamatkan duit awak daripada terbakar begitu sahaja. 



Credits : http://anizyn.blogspot.com , http://norish77.blogspot.com , http://ms.wikipedia.org , http://www.google.com.my dan akhir sekali diri anda kerana sudi untuk membaca (atau sekadar scroll je ) hingga ke akhir post ini ~