![]() |
Di ambil dari Page Facebook MYTAWAU |
Pagi ahad itu , aku dengar nak jalan family ku , jadi aku tanya " Mak , maw p mna jgak ??? " maka Mak aku pun berkata " Aik , kan ada acara "merisik" kat tempat si Agie " . Di situ hampa sudah , takut tak dapat nak ikut event . Maka pergi lha "acara" tu , dalam jam 2:30 dengan tak sangkanya , acara tu dah berakhir , maka aku pu minta lah bapa aku menghantar aku ke bandar .
Dalam hujan renyai , aku menuju ke bandar dengan motor dan helmet "tinted". Aku ingat pesan Bro Junaidi *salah satu admin MYTAWAU* untuk inform dia kalau jadi nak pergi event itu , maka ku SMS mengatakan aq akan tiba . Setibanya aku di "Servay" untuk singgah membeli GEL RAMBUT *PENTING TU* , Bapa aku pun menghulurkan RM25 untuk belanja , dengan "tegah" nya aku masuk ke servay nak membeli harta ku , ku terima Balasan SMS dari Bro Junaidi berkata " oh , ok . aku d komeng ni " Dalam keadaan sesak dalam servay itu aku ketawa TERBAHAK-BAHAK melihat perkataan "komeng" tersebut . Semua orang situ melihat aku , termasuk staff-staff "Servay" di situ.
Dalam keadaan malu , aku membalas SMS c Junaidi dan dengan pantasnya aku mengambil GEL yang ingin ku beli and cepat pergi membayarnya , dan menuju ke Quo Ming a.k.a "komeng" XD
Di situ lah ku bertemu dengan Bro Junaidi dan Qimayra. Si Junaidi memang sudah ku kenal dari Gathering Tawau Bloggers , Bro Qimayra yang first time jumpa. Dengan keringnya kami duduk di tempat "lepak" Quo Ming menunggu masa berlalu sampai jam 4.
Dekat jam 4 , kami pun jalan ke ABC dan duduk ditempat yang di tempah... di situ kami "order" ABC Milo bagi c Junaidi dan c Qimayra dan "Neslo Cincau" bagi aku....
Dekat 10 minit menunggu , datang lah satu per satu Chatterz MyTawau ....
Dalam berborak-borak , keluar topik tentang gambar , maka aku keluar kan lha "Camera" ku yang ala-kadar sahaja ...
Dalam event itu , aku lah paling muda antara semua.....
Mula lah semua bergelak ketawa dengan topik masing-masing....
ABC MILO tetap di hati... |
Semakin malap cahaya matahari , seperti sebelum ini , satu persatu Chatterz mula pulang ke rumah masing - masing ...
Dalam jam 5:45 begitu , Junaidi pun datang membawa borang Rakan IT Tawau , dan ingin kami mengisinya , aku join jew , mana mahu lepaskan peluang..
Borang rakan IT tawau.... |
Bila dekat 5:50 , kami semua pun beredar dari ABC dan pulang ke rumah...
Memang seronok dapat berkenalan sama semua Chatterz-chatterz yang datang * walaupun tak banyak *
Kalau panjang umur , harap dapat jumpa lagi diorang semua , dan Admin-admin MyTawau yang tak dapat datang hari itu...